Thursday, March 26, 2009

Life Journey


Kehidupan kita dipenuhi pelbagai corak persoalan yang memerlukan jawapan. Keinginan untuk mendapatkan jawapan yang memuaskan dan jelas menyebabkan kita membuat pelbagai cara untuk mendapatkannya. Kita pertaruhkan segala harapan, tenaga dan masa untuk mencapai keinginan itu. Semakin lama perjalanan untuk mencari jawapan maka, semakin banyak cabaran yang perlu dilalui. Kadang kala kita terjatuh, tersungkur, menangis, ketawa, sedih, putus harapan dan akhirnya kecewa.
Namun semua itu tidak akan menjadi penghalang untuk berputus asa. Sehingga tiba di suatu saat kita akan merenung kembali segala peristiwa yang telah kita lalui. Perubahan keadaan ini membuka hati kita untuk selalu berdoa kepada Tuhan supaya ditunjukan dan dipermudahkan jalan yang kita inginkan.
Terlalu banyak rancangan yang terdapat di hati kita tetapi akhirnya apa yang direncanakan Tuhan-lah akan terjadi. Tuhan tidak pernah meninggalkan kita walaupun kita merasa tidak dipedulikan. Dia mengerti dan tahu tahap kekuatan kita untuk menerima dugaan yang diberikan. Dengan itu, kita teruslah berdoa dan mohon keampunan atas apapun kesalahan silam kita.
Semoga melalui saluran blog ini kita dapat saling berkongsi cerita tentang perjalanan kehidupan dan meringankan tekanan yang membelengu fikiran.

Regards,

stellahjital

No comments:

Post a Comment