Sunday, March 29, 2009

Hati Ku Berkata..



Hati ku berkata,
Kenapa aku merasa sunyi?
Kenapa aku merasa kosong?
Seperti aku berada padang rumput yang sangat luas,
Tiada siapa bersama ku.

Hati ku berkata,
Ke manakah mereka semua,
Hati kecil ku menangis,
Mencari sesuatu yang tidak pasti,
Mencari sesuatu yang tidak wujud.

Hati ku berkata,
Kenapa hati ku resah?
Kenapa hati ku meronta-ronta?
Kenapa hati ku memberontak?
Nafas ku sesak dan sebak.

Hati ku berkata,
Aku mau menjerit sekuat mahu ku,
Lepaskan semua apa yang ku rasakan,
Biar semua pergi,
Pergi jauh..jauh..jauh,
Jangan dekat lagi.

Hati ku berkata,
Jika ku hulurkan tangan ku..apakah ada yang mencapainya?
Jika ku suarakan isi hati ku...apakah ada yang mau mendengar?
Jika adapun mereka ini....
Hati ku akan selalu bertanya..bertanya dan bertanya...

Regards,
stellahjital

Thursday, March 26, 2009

Sahabatku..


Sahabatku,
Terima kasih ku ucapkan kerana masih lagi ingin bersahabat dengan ku,
Walaupun hati mu seringkali terguris kerana sikap ku,
Tetapi kau masih setia menemani ku,
Disaat ku memerlukan mu,
Kau sentiasa ada disisi ku,
Memberikan ku semangat dan kekuatan,
Walau ku tahu hati mu begitu pilu dan pedih.

Sahabatku,
Kesabarmu ku kagumi,
Kerelaan mu berkongsi keperitan hidup ini,
Membuat ku ingin selalu bersamamu,
Semangat mu menyala-yala seperti api suci,
Setiap perkataan mu seperti ombak keras,
Memukul batuan pantai dengan bentuknya yang lembut
Namun memberikan kesan mendalam.

Sahabatku,
Mereka tidak suka melihat kita bersama,
Kenapa?
Aku semakin keliru?
Mata melirik sinis, senyum direka-reka,
Mereka cemburu?
Mereka marah?
Aku sendiri tidak memahami..

Sahabatku,
Begitu indah kehidupan kita,
Begitu manis kenangan kita,
Begitu indah sekali,
Tapi,
Keadaan sering bermusuhan dengan masa,
Mereka pun tidak suka kita,
Mereka memisahkan kita,

Sahabatku,
Kehadiranmu tidak pernah ku lupakan,
Kenangan kita ku simpan rapi,
Di kotak hati ku yang tersembunyi,
Biar aku saja yang tahu,
Biar aku saja yang boleh membukanya.

Sahabatku,
Jika kita dipertemukan semula,
Tidak akan ku biarkan masa memisahkan kita,
Ku akan matikan masa dan keadaan,
Supaya kita tidak dipisahkan,
Dan bersama selamanya.

Regards,

stellahjital

Life Journey


Kehidupan kita dipenuhi pelbagai corak persoalan yang memerlukan jawapan. Keinginan untuk mendapatkan jawapan yang memuaskan dan jelas menyebabkan kita membuat pelbagai cara untuk mendapatkannya. Kita pertaruhkan segala harapan, tenaga dan masa untuk mencapai keinginan itu. Semakin lama perjalanan untuk mencari jawapan maka, semakin banyak cabaran yang perlu dilalui. Kadang kala kita terjatuh, tersungkur, menangis, ketawa, sedih, putus harapan dan akhirnya kecewa.
Namun semua itu tidak akan menjadi penghalang untuk berputus asa. Sehingga tiba di suatu saat kita akan merenung kembali segala peristiwa yang telah kita lalui. Perubahan keadaan ini membuka hati kita untuk selalu berdoa kepada Tuhan supaya ditunjukan dan dipermudahkan jalan yang kita inginkan.
Terlalu banyak rancangan yang terdapat di hati kita tetapi akhirnya apa yang direncanakan Tuhan-lah akan terjadi. Tuhan tidak pernah meninggalkan kita walaupun kita merasa tidak dipedulikan. Dia mengerti dan tahu tahap kekuatan kita untuk menerima dugaan yang diberikan. Dengan itu, kita teruslah berdoa dan mohon keampunan atas apapun kesalahan silam kita.
Semoga melalui saluran blog ini kita dapat saling berkongsi cerita tentang perjalanan kehidupan dan meringankan tekanan yang membelengu fikiran.

Regards,

stellahjital